Semuanya bermula di
ukaz production house...
Di mana ya? Pastinya di jalan sg kantan, kajang. Alhamdulillah hasil kerjasama ahli ukaz yang terdiri dari kami bertiga...ukhti ayu, yan dan syimah dapatlah kami menghasilkan blog ini.InsyaAllah sebagai promosi kepada hasil produk2 yang boleh di perolehi di Ukaz.
Ukaz adalah nama sebuah pasar di Arafah yang terkenal ketika zaman Rasulullah saw. Baginda selalunya akan berdagang ke Ukaz dengan barangan dagangan yang diadakan pada pertengahan sampai akhir Zulkaedah...merupakan salah satu pasar terbesar di Arab...kerana itu ana memilih nama rumah yang kami diami sekarang dgn nama Ukaz.
Selamat Datang! Ahlan Wasahlan kepada semua pengunjung blog ini..Tempahan dibuka selagi blog ini di buka.
"Alhamdulillah, SubhanaAllah dan AllahuAkhbar hanya untukmu ya Allah."
Jemputlah menjenguk dan memilih produk2 yang terdapat di sini dan kami akan sentiasa cuba untuk update pilihan produk2 kami insyaAllah
Sedikit pengenalan tentang kami bertiga..Alhamdulillah kami adalah tiga sahabat yang baru sahaja menamatkan Pengajian kami dalam bidang yang berbeza..antaranya B.Sc Microbiology dan B.sc Mathematics manakala sorang lagi masih dalam alam kampus mengambil Master in Management (IT).
Dipertemukan oleh Allah swt. untuk menjalankan amanah sebagai seorang usahawan yang memang di minati oleh kami semua,insyaAllah. Perkenalan bermula dan akan di teruskan atas dasar "ukhwah Fillah"
Produk2 yang dihasilkan adalah hasil kerjatangan 'homebased' kami di teratak kecil..ukaz. Dengan ilmu yang diperolehi oleh chef ayu (masih study di akademi ria utk pembuatan roti dll), cik yan (pengurus & pengusaha kiosk coklat UKM) dan cik syimah (pengusaha & tukang jahit Isoff ent), kami menggabungkan pengalaman dan kreativiti kami hingga terhasilnya produk ukaz. Proses yang lama bagi kami adalah pembuatan roti dan kami masih kurang pengetahuannya namun atas kehendak dan usaha yang tinggi, insyaAllah kami teruskan...hanya dgn kebenaranMu ya Allah.
Ok sekadar itu dulu sedikit kisah kami dan selamat melayari blog ini...