Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

Majlis Kesyukuran...

Posted by Islamic Soff (isoff) at 5:32 PM 1 comments



Jazakumullahukhairan khasiran / Terima kasih / Thank You

Julai 2009 telah mencatat satu lagi kenangan baru buat warga Ukaz Production atas kehadiran teman-teman ke majlis kesyukuran kami di ukaz. Kehadiran lebih 15 orang ini, amat kami syukuri...persediaan yang kami buat hanya sekadarnya sahaja. Antara menu yang sempat disediakan adalah peroduk terkini kami > kek coklat bersalut aiskrim, donut pelbagai deko, cupcake ukaz special dan juga meehoon goreng special 'malacca style'...hehehe


Thanks a lot! and do not hesitate to come again and we always welcome you guys to ukaz




kek coklat bersalut aiskrim






Pelbagai dekorasi dari teman-teman yang hadir..kreatif juga ya kalian!




Antara makanan yang di sediakan



Nyum...nyum....setelah doa habis di baca, bermula sesi makan kek! amacam, sedap tak?



Donut yang sentiasa menyelerakan...habis juga di makan semua, hingga menjilat jari tuuu..

Sunday, June 28, 2009

Kisah kami

Posted by Islamic Soff (isoff) at 1:03 AM 2 comments
Semuanya bermula di ukaz production house...

Di mana ya? Pastinya di jalan sg kantan, kajang. Alhamdulillah hasil kerjasama ahli ukaz yang terdiri dari kami bertiga...ukhti ayu, yan dan syimah dapatlah kami menghasilkan blog ini.InsyaAllah sebagai promosi kepada hasil produk2 yang boleh di perolehi di Ukaz.

Ukaz adalah nama sebuah pasar di Arafah yang terkenal ketika zaman Rasulullah saw. Baginda selalunya akan berdagang ke Ukaz dengan barangan dagangan yang diadakan pada pertengahan sampai akhir Zulkaedah...merupakan salah satu pasar terbesar di Arab...kerana itu ana memilih nama rumah yang kami diami sekarang dgn nama Ukaz.

Selamat Datang! Ahlan Wasahlan kepada semua pengunjung blog ini..Tempahan dibuka selagi blog ini di buka.


"Alhamdulillah, SubhanaAllah dan AllahuAkhbar hanya untukmu ya Allah."
Jemputlah menjenguk dan memilih produk2 yang terdapat di sini dan kami akan sentiasa cuba untuk update pilihan produk2 kami insyaAllah

Sedikit pengenalan tentang kami bertiga..Alhamdulillah kami adalah tiga sahabat yang baru sahaja menamatkan Pengajian kami dalam bidang yang berbeza..antaranya B.Sc Microbiology dan B.sc Mathematics manakala sorang lagi masih dalam alam kampus mengambil Master in Management (IT).

Dipertemukan oleh Allah swt. untuk menjalankan amanah sebagai seorang usahawan yang memang di minati oleh kami semua,insyaAllah. Perkenalan bermula dan akan di teruskan atas dasar "ukhwah Fillah"
Produk2 yang dihasilkan adalah hasil kerjatangan 'homebased' kami di teratak kecil..ukaz. Dengan ilmu yang diperolehi oleh chef ayu (masih study di akademi ria utk pembuatan roti dll), cik yan (pengurus & pengusaha kiosk coklat UKM) dan cik syimah (pengusaha & tukang jahit Isoff ent), kami menggabungkan pengalaman dan kreativiti kami hingga terhasilnya produk ukaz. Proses yang lama bagi kami adalah pembuatan roti dan kami masih kurang pengetahuannya namun atas kehendak dan usaha yang tinggi, insyaAllah kami teruskan...hanya dgn kebenaranMu ya Allah.
Ok sekadar itu dulu sedikit kisah kami dan selamat melayari blog ini...

New Opening!

Posted by Islamic Soff (isoff) at 12:20 AM 0 comments
Just Love It!


UKAZproduction...Satu permulaan yang sangat di nantikan!

Anda Lapar?...Pastinya di ukaz production, di sini segalanya menjadi satu. Pilihan yang pelbagai, rasa yang enak, kerangupan biskut, kelembutan roti dan Hmmmmm....jari anda pasti tidak sabar menyentuh semuanya.




Chocholate chip Muffin
(80 sen/pc)

Varieties of Donuts
(RM1/3pcs)

Biskut Batik
(RM1/3pcs)


Biskut Aiskrim

(RM28/50pcs)

Tuesday, May 5, 2009

Alatan & Bahan

Posted by Islamic Soff (isoff) at 1:28 AM 0 comments

Antara peralatan dan bahan yang kami gunakan buat masa ini....hanya sederhana dan kecil-kecilan sahaja namun dijamin bersih,suci dan HALAL.

 

JUST LOVE IT! Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez